8. Susut Nilai dan Peruntukan Susut Nilai
- Susut nilai – pengurangan nilai aset bukan semasa. Belanja susut nilai yang tidak dibayar dengan wang tetapi ditolak daripada kos aset bukan semasa berkenaan. (belanja)
- Peruntukan Susut Nilai (Susut Nilai Terkumpul) – jumlah susut nilai terkumpul pada akhir setiap tahun perakaunan. (mengurangkan aset)
- Sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai;
o Kemerosotan fizikal – pudar, lusuh atau buruk
o Kesusutan – penggunaan yang berterusan
o Keusangan – tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi
o Usia guna yang pendek akibat faktor masa – hak cipta
- Kaedah pengiraan susut nilai terdapat tiga cara iaitu;
a. Kaedah Penilaian Semula
§ Aset bukan semasa dinilai semula pada setiap akhir tempoh perakaunan.
§ Jumlah susut nilai dihitung dengan membandingkan nilai aset bukan semasa pada awal tempoh dengan pada akhir tempoh perakaunan.
§ Susut Nilai = Nilai Aset Bukan Semasa awal – Nilai Aset Bukan Semasa Akhir
§ Sesuai untuk mengira aset bukan semasa yang bernilai rendah seperti alat-alat kecil.
b. Kaedah Garis Lurus/Ansuran Tetap
§ Susut nilai aset dikira pada kadar yang sama atau tetap sehingga akhir tempoh penggunaan aset berkenaan.
§ Susut Nilai = Kos Asal – Nilai Skrap
Usia Guna
§ Susut Nilai = Kos Asal x Kadar Susut Nilai Tahunan
§ Nilai skrap – nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna aset tersebut. (nilai bakian)
a. Kaedah Baki Berkurangan
§ Dikira berdasarkan satu kadar yang tetap ke atas nilai buku aset pada awal tempoh perakaunan
§ Susut Nilai = Kadar Susut Nilai x (Kos Asal – Susut Nilai Terkumpul)
§ Jumlah susut nilai setiap tahun akan berkurang kerana susut nilai terkumpul semakin bertambah dan menyebabkan nilai buku aset semakin berkurangan.
§ Cara merekod;
a. Dt Akaun Susut Nilai Aset , Kt Akaun Peruntukan Susut Nilai Aset
b. Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Susut Nilai Aset
c. Akaun Susut Nilai dan Akaun Peruntukan Susut Nilai disediakan secara berasingan bagi setiap aset.
d. Dalam Kunci Kira-kira Peruntukan Susut Nilai akan ditolak daripada kos asal aset tetap.
§ Pelupusan Aset Bukan Semasa (penjualan aset bukan semasa)
a. Harga jualan melebihi nilai buku = untung atas pelupusan – dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi (hasil).
b. Nilai buku melebihi harga jualan = rugi atas pelupusan – didebitkan dalam Akaun Untung Rugi (belanja).
9. Menilai Stok Akhir
- Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP).
10. Stok Bekalan
- Stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan.
- Contoh;
· Bekalan alat tulis; kertas, pen, dakwat
· Kain, benang, jarum dan butang
· Alat solek dan syampu
- Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa)
PENYATA KEWANGAN
1. Terdiri daripada;
a. Penyata Pendapatan :-
i. Akaun Perdagangan – untuk mencari untung / rugi kasar
ii. Akaun Untung Rugi – untuk mencari untung / rugi bersih
b. Kunci Kira-kira – untuk melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
2. Disediakan dalam format “T” atau penyata atau lembaran kerja.
0 comments:
Post a Comment