Ads 468x60px

Monday, 16 April 2012

Part 1 Akaun Pengeluaran

AKAUN PENGELUARAN

KONSEP KOS
- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.
ELEMEN KOS PENGELUARAN
1. Kos bahan mentah
o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah
o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.
2. Kos buruh langsung
o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.
3. Belanja Langsung
o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

Part 2 Akaun Pengeluaran

4. Kos Prima
o Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.
5. Kos Overhed
o Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).
o Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.
o Contoh;
a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.
b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.
c. Sewa kilang.
d. Sewa loji dan mesin.
e. Susut nilai loji dan mesin.
f. Insurans kilang.
g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.
h. Alat-alat kecil - perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).
6. Kerja Dalam Proses
o Atau dikenali disebagai barang separuh siap.
o Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.
o Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.
o Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.
KOS PENGELUARAN = KOS PRIMA + KOS OVERHED
KOS PRIMA = KOS BAHAN MENTAH + KOS BURUH LANGSUNG + BELANJA LANGSUNG
KOS OVERHED = KOS BURUH TAK LANGSUNG + BELANJA TAK LANGSUNG
KOS PENGELUARAN BARANG SIAP = KOS PENGELUARAN + KERJA DALAM PROSES AWAL – KERJA DALAM PROSES AKHIR.

Part 3 Akaun Pengeluaran

Perbezaan
PERBELANJAAN HASIL
PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan ini dibuat untuk membantu perjalanan perniagaan setiap hari.
Perbelanjaan ini dibuat untuk membantu perjalanan perniagaan bagi suatu jangka masa yang lama.
Perbelanjaan ini perlu diganti atau dibuat selalu.
Perbelanjaan ini tidak perlu diganti atau dibuat berulang-ulang kali.
Perbelanjaan ini akan mengurangkan untung kasar dan untung bersih perniagaan
Perbelanjaan ini akan menambahkan nilai buku aset bukan semasa.
Perbelanjaan ini ditunjukkan dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.
Perbelanjaan ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira.
Belian barang-barang dibuat untuk dijual semula dengan tujuan mendapatkan keuntungan.
Belian aset-aset bukan semasa dibuat untuk kegunaan dalam perniagaan.



Format Akaun Pengeluaran

Nama Syarikat
Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir_______

Stok bahan mental awal
Belian bahan mentah
(-) diskaun
     belian
(-) pulangan
     belian
Jumlah

(+) duti
(+) angkutan
      masuk
Jumlah

(-) stok akhir

Kos bahan digunakan upah langsung
Belanja langsung

Kos prima
Kos overhead:
Elektrik dan air
Belanja membaiki mesin
Susut nilai loji dan mesin
Sewa kilang
Kadar bayaran dan insurans
Kos Buruh Tak Langsung
Jumlah

Kos pengeluaran

(+) kerja dalam proses
      awal
(-) kerja dalam proses
     akhir



RM

****

****

****
****

****
****




























RM
****










****
****
****







****
****
****
****
****

****










RM















****
****
****

****








****

****

****

****


­­

*****


Kos pengeluaran
Barang siap




































RM

****




































*****




Part 1 Perkongsian

PERKONGSIAN

Perkongsian
 ikatan dua atau lebih pemilik yg menjalankan perniagaan utk mendapatkan keuntungan.
 bil minimum ahli perkongsian ialah dua orang dan bil maksimum ialah 20 orang.
 Perkongsian yang melibatkan perkhidmatan professional, bil maksimum 50 orang.
Ciri-ciri
Milikan Tunggal
Perkongsian
1. Pemilikan
Seorang sahaja
2 hingga 20 orang
2. Hayat Entiti
Terhad
3. Tanggungan (liabiliti)
Tidak terhad
4. Pengenaan cukai
Taksiran cukai perseorangan
5. Sumbangan modal
Seorang pemilik
Gabungan semua ahli
6. Pembahagian untung rugi
Pemilik sepenuhnya
Semua pekongsi ikut nisbah perjanjian

Akta Perkongsian 1961

Tiada Perjanjian
Ada perjanjian
Untung rugi
Dibahagi sama rata
Ikut perjanjian
Faedah atas modal
Tiada
Ikut perjanjian
Kadar faedah pinjaman daripada pekongsi kepada perniagaan
8% setahun
Ikut perjanjian
Faedah atas ambilan
Tiada
Ikut perjanjian
Gaji, bonus pekongsi
Tiada
Ikut perjanjian
!!! Jika pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian atau jika perjanjian dibuat tetapi tidak meliputi perkara-perkara tertentu, peruntukan dalam Akta Perkongsian berkaitan dengan perkara-perkara di atas adalah terpakai.
Ikatan Perkongsian
- satu perjanjian perkongsian di antara pekongsi untuk memulakan perkongsian
- ikatan perkongsian menetapkan;

1. hak setiap pekongsi
2. kewajipan setiap pekongsi
3. tanggungjawab setiap pekongsi

- bertujuan untuk :-
1. mengelakkan drpd salah faham yg mungkin timbul antara pekongsi pada masa depan
2. memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian
- syarat yg biasa dalam ikatan perkongsian adalah seperti berikut;

1. nama perniagaan perkongsian
2. jangka hayat perkongsian
3. jumlah modal sumbangan
4. cara perkongsian untung rugi
5. bidang kuasa pekongsi
6. gaji, bonus, elaun pekongsi
7. kadar faedah atas modal
8. kadar faedah atas ambilan
9. kadar faedah atas pinjaman

Part 2 Perkongsian

Ekuiti Pemilik
Ø Ekuiti pemilik merupakan tuntutan pemilik ke atas asset bersih perniagaan.
Ø Dalam perkongsian, ekuiti pemilik ialah modal setiap pekongsi terdiri daripada modal awal yang disumbangkan, modal tambahan dan bahagian untung yg dilaburkan semula ke dalam perkongsian.
Ø Setiap ambilan yg dibuat akan mengurangkan ekuiti pemilik
Ø Terdapat dua kaedah utk merekodkan ekuiti pemilik;
1. Kaedah Modal Berubah
o Hanya Akaun Modal bagi setiap pekongsi dibuka tanpa Akaun Semasa
o Menunjukkan jumlah modal yg disumbangkan, ambilan, bahagian untung atau rugi pekongsi dari satu tempoh ke satu tempoh tertentu.


2. Kaedah Modal Tetap
o Akaun Modal dan Akaun Semasa dibuka bg setiap pekongsi.
o Menunjukkan Akaun Modal dengan baki tidak berubah, iaitu sumbangan modal bg setiap pekongsi sebenarnya.
o Ambilan dan bahagian untung atau rugi akan dipindahkan ke Akaun Semasa setiap pekongsi.

ü Hanya menunjukkan modal yg disumbangkan oleh pekongsi. ( Kredit)

ü Butir tuntutan perkongsian terhadap pekongsi (akan mengurangkan modal) –Debit (dt) ; ambilan, faedah atas ambilan dan pembahagian rugi.
ü Butir tuntutan pekongsi terhadap perkongsian (akan menambahkan modal) –Kredit (kt) ; pembahagian untung, gaji/bonus/elaun, faedah atas modal dan pinjaman.

1. FAEDAH ATAS AMBILAN
ü Akaun Semasa (dt) – tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.
ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (kt) – hasil kepada perkongsian.

2. FAEDAH ATAS MODAL
ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.
ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (dt) – belanja kepada perkongsian.

part 3 Perkongsian

3. FAEDAH ATAS PINJAMAN
ü Pinjaman yg diberikan oleh pekongsi kepada perkongsian dikenakan faedah. Begitu juga dgn pinjaman yg dibuat dgn pihak luar; bank.
ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.
ü Akaun Untung Rugi (dt) – belanja perniagaan
ü Tidak direkodkan ke dlm Akaun Pengasingan Untung Rugi.
ü Faedah atas pinjaman daripada pekongsi yang belum dibayar oleh perkongsian (faedah terakru) sahaja yang direkodkan dalam Akaun Semasa kerana menunjukkan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

4. GAJI, BONUS, DAN ELAUN PEKONGSI
ü Sekiranya pekongsi mempunyai tanggungjawab atau tugas yg tidak dilakukan oleh pekongsi lain, gaji yg sewajarnya patut dibayar kepadanya.
ü Merupakan belanja kepada perniagaan.
ü Jumlah bayaran gaji bergantung kepada persetujuan dalam Ikatan Perkongsian.
ü Gaji pekongsi boleh dibayar secara tunai;
a. Akaun Tunai (kt)
b. Akaun Gaji Pekongsi (dt)
ü Jika gaji pekongsi tidak dituntut atau terdapat gaji yang belum dibayar (terakru); menunjukkan tuntutan pekongsi kepada perkongsian
a. Akaun Gaji Pekongsi (dt)
b. Akaun Semasa Pekongsi (kt)

5. KONGSI UNTUNG ATAU RUGI
ü Pembahagian untung atau rugi antara pekongsi ditentukan setelah faedah atas modal, faedah atas ambilan dan gaji pekongsi diambil kira.
ü Faedah atas pinjaman tidak diambil kira dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi.
ü Nisbah pembahagian untung rugi bergantung kepada persetujuan dlm Ikatan Perkongsian. Jika tidak Akta Perkongsian 1961 terpakai; sama rata.

AKAUN PENAMAT
Ø Akaun Penamat disediakan pada setiap akhir tahun perakaunan.
AKAUN PENAMAT
MILIKAN TUNGGAL
PERKONGSIAN
Ø Akaun Perdagangan
Ø Akaun Untung Rugi
Ø Akaun Perdagangan
Ø Akaun Untung Rugi
Ø Akaun Pengasingan Untung Rugi